Diari Mengandung Kali Kedua - Bahagian 1

Thursday, January 04, 2018
Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah setelah hampir sebulan menyepi akhirnya aina dah ada kekuatan untuk sambung kembali semua kerja yang tertangguh lama sangat!! Yes! Alhamdulillah Allah kurniakan lagi sekali nikmat untuk mengandung kali kedua. Tapi pengalaman kali ni jauh la berbeza dengan yang pertama.

Diari Mengandung Kali Kedua - Bahagian 1

Dulu masa aina mengandungkan ammar, aina ada juga alami morning sickness, tetapi tak teruk sangat walaupun masa tu bulan puasa. Masih boleh lagi makan. Tapi mengandung kali ni cabaran dia lagi besar! Tak tau la kalau sebab faktor umur dah masuk 3 series ke, tapi morning sickness kali ni bukan setakat morning dah, everytime sickness!

Tak boleh makan langsung! Lepas makan je perlukan tempoh bertenang. Kalau tak memang akan keluar semula semua makanan yang aina makan. Nurse pernah pesan kalau teruk sangat muntah-muntah sampai tak boleh makan, kena terus ke emergency sebab bahaya.

Jadi apa yang aina buat? Tiap kali lepas makan je aina akan terbaring dan cuba tidur. Sebab tidur je satu-satunya cara untuk aina dapat tahankan diri daripada muntahkan balik makanan tadi. Takut tau kalau kena tahan dekat wad. Asyik fikir kalau kena warded, siapa nak jaga ammar.


Diari Mengandung Kali Kedua - Bahagian 1
Gambar Hiasan

Jadi memang sepanjang hari aktivti aina akan melepek je atas katil. Kalau bangun akan rasa pening dan loya yang teruk sangat. Dan rakan-rakan di facebook ada perasan aina dah lama tak update facebook (pasal bisnes atau ammar). Sebab ape? Sebab aina tak boleh hadap screen hp, laptop dan ipad lama-lama. Tu pun boleh buat rasa nak muntah juga.

Dan satu lagi symptom yang aina rasa waktu awal-awal kehamilan ni, tahap kemalasan yang sangat tinggi! Allahuakbar. Bukan sikit-sikit, tapi banyak tau! Alhamdulillah suami sangat memahami dan rajin membaca antara symptom orang mengandung ni adalah malas. 

Lagi haru bila tak boleh langsung bau orang menumis kat dapur. Sampai tahap kalau suami nak masak atau mama nak masak kat dapur, aina kena tutup pintu bilik. Kalau ade bau lagi, letak kain bawah celah-celah pintu. Ya Allah, masa tu rasa cepat la tempoh loya ni berlalu. Hari-hari muntah dengan teruknya sangat memenatkan dan tak tahu dah nak buat ape.

Tapi dalam masa yang sama, aina bersyukur sangat ada suami dan anak yang sangat memahami. Tiap kali aina explain kepada Ammar yang aina pening dan rasa nak muntah, dia akan tinggalkan aina dalam bilik sorang-sorang dan mula main dekat depan tv. Beri mama space la konon-kononnya,hehe. Comel je.

Ok sampai sini dulu luahan aina untuk kisah mengandung kali ni. Next post banyak lagi kisah yang aina nak share. Dengan harapan bila anak kedua ni dah besar dan boleh baca, boleh la baca kisah dalam blog mama ni ye. 

Jadi bagi mereka yang sedang cari supplement terbaik dunia terbukti keberkesanannya melalui ujian klinikal, boleh la roger aina k. Insya'Allah bulan ni aina akan meroket semula! Bagi yang nak join buat bisnes pun boleh contact aina juga.



FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.


Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.