Resepi Homemade Patty Burger

Friday, September 22, 2017
Siapa sini peminat burger angkat tangan? Husband aina antara penggemar burger tapi aina memang takkan bagi makan selalu. Fast food dan processed food is big NO untuk diambil setiap hari. Kenapa? Kerana kandungan trans fat, lemak, garam yang tinggi semua penyumbang kepada penyakit.

Resepi Homemade Patty Burger


Daripada kita beli patty burger yang dah siap, lagi mudah bila dibuat sendiri kan? Tiap kali ada banyak daging, aina akan buat patty burger dan beku kan. Tiap kali nak makan, masak je macam biasa. Mudah kan?

Pernah juga aina tengok patty burger yang dipasaran. Bila check net weight setiap patty dalam 80g. Tapi bila aina buat sendiri dengan size yang sama, net weight satu patty dalam 140g! Dari situ dah boleh nampak patty di pasaran tu berapa banyak kandungan lemak dan daging (hint: lemak lebih ringan daripada daging).

Sebab tu sekarang aina lebih suka buat sendiri. Buat banyak-banyak dan sejuk bekukan. Kita tahu lebih sihat dan juga yang paling penting laaagggiii sedap! Nak-nak lagi daging korban hari tu banyak lagi, so kita buat patty burger la.

Ni aina nak share resepi yang aina buat. Resepi ni sebenarnya ikut suka hati je. Tapi bila cuba, rasa sedap pula. Paling best, mudah sangat!

Bahan-bahan:


1) 500gm daging (dibuang lemaknya)
2) 1 biji bawang holland
3) daun parsley
4) lada hitam tumbuk
5) lada sulah
6) garam
7) sebiji telur

Cara-cara:


1) cincang daging, bawang, parsley
2) campur semua bahan
3) pecahkan sebiji telur ke dalam adunan dan bentukkan jadi bentuk bulat
4) masukkan dalam freezer.

Aina gunakan food processor. Jadi aina masukkan je semua dalam food processor. Memang mudah sangat!

Resepi Homemade Patty Burger


Ehem, lepas makan burger tu, jangan lupa telan lecithin dan omega guard tau. Kita bakar semua lemak-lemak. Baru la badan maintain kurus!

Selamat mencuba semua!

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan

2 comments:

  1. Replies
    1. Boleh la try. Boleh makan tanpa rasa bersalah sebab lemak2 semua kita dah buang,hehe

      Delete

Powered by Blogger.