Cara Mudah Untuk Bangun Tahajjud Supaya Tak Tidur Semula
"Kriiinnggg....eh dah pukul 5 pagi? Ngantuknya..tidur jap 5 minit la. Pastu baru bangun tahajjud". Tapi akhirnya terjaga dah azan subuh dah pun dan mula rasa menyesal tak bangun tadi. Haa, siapa pernah jadi macam ni? Niat nak bangun tahajjud. Tapi sekadar niat je. Nak laksanakan tu susah nau! Meh aina nak share cara mudah untuk kita bangun tahajjud supaya kita tidak tidur semula.
Sebagaimana kita tahu, banyak fadhilatnya bila kita bangun dan lakukan solat tahajjud. Antara cara untuk kita didik hati untuk lebih kuat dalam menghadapi cabaran di dunia ni, buatlah tahajjud dengan konsisten. Korang boleh rasa perbezaannya. Nak konsisten tu la yang payah kan terutama bila dah dibuai mimpi tu. Sayang nak bangun, ye dok? Jadi apakah jalan terbaik untuk kita lakukan supaya mudah bangun tahajjud.
1) Pasang Niat
Sebelum tidur, kita dah pasang niat betul-betul yang kita nak bangun tahjjud. Bila pasang noat tu kena seiring dengan otak kita yang yakin kita boleh bangun tahjjud. Baru la kita tanam dalam minda separa sedar kita ni untuk bangun tengah malam.
2) Tidur seketika pada waktu tengahari.
Hikmah tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor dapat bantu cergaskan badan dna minda kita. Banyak kajian telah membuktikan kebaikan tidur dalam 10 minit dapat meningkatkan kecerdasan otak dan baik untuk kesihatan.
3) Tidur awal
Selewat-lewatnya tidur la sebelum pukul 10 malam. Kerana, bila tidur awal, lebih mudah untuk kita bangun kan?
4) Elakkan Makan Lewat Malam
Waktu terbaik untuk makan malam dalam pukul 6.30ptg. Jika makan lewat, perut yang penug akan menyukarkan kita untuk bangun tahajjud.
5) Berdoa sebelum tidur semoga Allah permudahkan kita untuk bangun
Perkara yang baik pasti Allah tolong. Setakat ni, yang ni paling berkesan. Berdoa bukan sekadar dimulut, wajib seiring dengan keinginan daripada hati. InsyaAllah memang mudah sangat bangun. Bila dan bangun tu, jangan la pi tidur semula kan?
Dan tips terakhir daripada aina, agak-agak kalau korang dah lama sangat tanam niat nak bangun tahajjud tetapi tewas dengan aksi bangun-tutup-alarm-phone-dan-tertidur-semula, cuba tips simple ni.
Dalam pukul 9 malam ke, cuba telan herblax 4 biji. InsyaAllah dalam pukul 4-5 pagi korang bangun confirm takde rasa nak tidur balik la. Akan terus ke toilet dan hilang terus ngantuk! Takyah pasang alarm pun takpe! Lepas tu boleh la sambung solat tahajjud ke,solat taubat ke, solat hajat ke. Nak-nak lagi pada malam Jumaat. Elok la sekali sekala kita bangun bertahajjud.
Banyak fadhilat yang kita boleh dapat bila bangun sepertiga malam ni. Hati akan rasa lebih tenang, urusan akan rasa lebih mudah, rezeki rasa melimpah ruah dan macam-macam lagi la. Jadi jom la kita bertahajjud sekali-sekala. Daripada sekali-sekala, akan jadi hari-hari ye dok?
Semoga post aina kali ni memberi manfaat kepada semua. Jika rasa dapat beri kebaikan kepada orang lain, dipersilakan share di laman-laman sosial yang ada k. Kalau nak cari vitamin Shaklee jangan lupa roger aina.
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan
No comments: