Tingkatkan Imun Sistem Badan Di Musim Jerebu
Sebagaimana yang kita tahu, sekarang kita berhadapan dengan masalah jerebu yang sangat teruk. Nampak macam asap atau kabus biasa sahaja. Tapi tahukah anda impak jerebu terhadap tahap kesihatan kita amatlah buruk. Jadi, jangan pandang ringan dengan jerebu ni tau. Burung dan tebuan sekalipun mendapat impak yang buruk disebabkan oleh jerebu ni.
Saintis pemuliharaan, Dr Gopalasamy Reuben Glement ada mengatakan pendedahan terhadap jerebu dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan jangka hayat terutama kepada bayi, ibu mengandung dan orang yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma. Walaupun aktiviti luar dan rekreasi dihentikan, peningkatan kepekatan sesetengah logam berat seperti aluminium, nikel, kadmium dan merkuri dalam persekitaran berair dan secara tidak langsung akan meracuni ikan dan kerang yang menjadi antara makanan manusia.
Apakah IPU yang selalu disebut-sebut?
IPU atau Indeks Pencemaran Udara adalah unit daripada hasil pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti nitrogen dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida. IPU digunakan sebagai panduan untuk kita ketahui kualiti udara dan kesannya terhadapa kesihatan.
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php |
Apakah indeks pencemaran udara di kawasan rumah anda? Baik? Sederhana? atau tidak sihat? Macam mana pun, waktu-waktu macam ni adalah waktu paling senang untuk kita jatuh sakit. Lebih2 lagi anak2 kecil atau orang tua yang mempunyai daya ketahanan badan yang kurang tinggi. Apakah perkara terbaik untuk kita lakukan waktu jerebu?
1) Elakkan aktiviti luar
2) Pakai topeng mulut yang betul (mask N95)
3) Banyakkan minum air masak
4) Tutup tingkap dan pintu
5) Tingkatkan sistem imun badan
Supplemen apa yang terbaik untuk tingkatkan imun sistem badan waktu jerebu?
Saya cadangkan amalkan nutriferon, vitamin C, vitamin E dan juga performance drink waktu musim jerebu ni. Nutriferon adalah pilihan terbaik untuk tingkatkan imun sistem badan. Apabila sistem pertahan badan kita kuat, mudah la badan kita nak melawan penyakit. Vitamin antioksidan (vitamin C dan E) membantu melawan radikal-radikal bebas daripada udara kotor. Terdapat kajian ke atas haiwan yang menunjukkan vitamin E dapat menghadkan kerosakan paru-paru akibat pencemaran udara. Performance drink pula sangat penting untuk pastikan badan kita sentiasa kekal hidrat.
Nutriferon ni juga boleh diberikan kepada anak-anak anda. Untuk vitamin lain yang sesuai diberikan kepada anak-anak kecil, hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan? Untuk dapatkan vitamin-vitamin ni boleh hubungi saya di:
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: