Vitamin Terbaik Untuk Mereka Ada Masalah Penyakit Tiroid

Thursday, November 10, 2016
Assalamu'alaikum..

Hari aina nak share sikit pasal penyakit yang melibatkan tiroid. Kita kenali dulu ape itu tiroid. Tiroid ni merupakan satu kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama kat bahagian leher (dalam) kita ni. Fungsi utama tiroid ni adalah untuk kawal metabolisma badan. Bagaimana cara dia kawal? Dengan melepaskan hormon yang dipanggil T3 dan T4.



Siapa pula yang kawal tiroid ni? Semestinya bahagian otak kita yang dipanggil pituitary gland. Bahagian ini yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon TSH (thyroid stimulating hormone) untuk hantar signal pada kelenjar tiroid kita supaya menghasilkan hormone T3 dan T4.

Bila hormon T3 dan T4 yang dilepaskan dah cukup, hormon akan hantar signal STOP ke otak supaya TSH tidak dirembeskan lagi. Hebatkan kuasa Allah? Kawalan ni membuatkan hormon T3 dan T4 dalam badan kita seimbang. Tak terlebih dan tak terkurang.

Penyakit yang berkait rapat dengan tiroid ada 2:
1) hypothyroidism (thyroid tak aktif)
2) hyperthyroidism (thyroid terlebih aktif)

Jadi apa yang menjadi punca kepada masalah kepada kedua-dua penyakit ni dan kesannya?

HYPOTHYROIDISM 

Sinonim dengan perkataan hypo yang bermaksud kurang. Jadi hypothyroidism adalah kekurangan hormon T3 dan T4. Apabila kekurangan kedua-dua hormon, metabolisma badan akan menjadi rendah. Antara kesannya:
- badan cepat letih
- tiads selera makan
- berat badan mudah naik
- kulit menjadi kering
- rambut gugur
- period yang tidak teratur

Antara punca yang boleh menyebabkan hypothyroidism ni:
a) penyakit autoimmune - antibodi badan serangsel-sel tiroid dna menyebabkan banyak sel-sel tiroid mati dan tidak dapat berfungsi (hashimoto).

b) Tidak cukup iodine - iodine diperlukan untuk melepaskan T3 dan T4 ke dalam darah. Korang tau tak dalam garam makan kita ada ditambah iodine? Ini salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar hypothyroidism di Malaysia.

c) drug induced - sesetengah ubat boleh menyebabkan fungsi tiroid kurang. Contoh lithium dan amiodarone.

d) thyroidectomy - pembedahan buang tiroid atas sebab-sebab tertentu.

HYPERTHYROIDISM 

Dan nama pun hyper jadi maksudnya terlebih hormon T3 dan T4 dalam badan. Dan bertentangan dengan hypothyroidism, hyperthyroidism menyebabkan metabolisma badan tinggi. Antara kesannya:

- jantung berdegup laju, berdebar-debar
- kuat berpeluh
- asyik resah
- makan banyak tapi berat asyik turun dan susah nak naik
- tangan ketar

Antara punca yang menyebabkan hyperthyroidism pula:

a) penyakit autoimmune - di mana antibodi badan kita 'menyamar' jadi TSH lalu merangsang kelenjar tiroid untuk hasilkan hormon T3 dan T4 banyak-banyak. Walaupun dah hantar signal stop, tapi ada yang menyamar jadi TSH menyebabkan hormon T3 dan T4 terus dihasilkan (graves disease).

b) toxic multinodular goitre/ single toxic nodule - ada ketulan di tiroid yang syok sendiri hasilkan T3 dan T4. Tak peduli dah dengan TSH.

c) thyroiditis - jangkitan pada kelenjar tiroid. Jangkitan ni menyebabkan keradangan pada kelenjar tiroid. Tapi kesan dia hanya sementara je. 

d) kehamilan - hormon beta hcg waktu mengandung pun boleh merangsang kelenjar tiroid tapi untuk buat sementara je biasanya.

Jadi apakah cadangan vitamin terbaik untuk masalah tiroid?

1) Omega- 3 fatty acids : Penyelidik dari university of Maryland Center mencadangkan untuk mengambil asid lemak omega-3 untuk membantu 'mengurangkan' masalah keradangan di tiroid dan meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Terdapat juga kajian menunjukkan omega-3 dapat membantu meningkatkan pengambilan hormon tiroid.

2) Selenium : berdasarkan satu kajian ni National Institutes of Health, tiroid merupakan organ yang mempunyai kandungan selenium yang tinggi. Pengambilan vitamin E bersama selenium adalh terbaik untuk meningkatkan metabolisma selenium.

3) B Complex : satu kajian mendapati 40% hypothyroid patients mempunyai tahap B12 yang rendah.

4) Antioksidan : vitamin A mengandungi carotenes yang diperlukan oleh tiroid untuk berfungsi dengan normal dan kekurangan vitamin ini akan memberi kesan kepada penghasilam hormon. Vitamin C dapat membantu mengurangkan 'oxidative stress' yang terdapat pada kelenjar akibat daripada toksin atau radikal bebas atau daripada ROS (reduce oxidative species) yang terhasil semasa sintesis tiroid hormon.

5) Resveratrol : Menurut satu jurnal yang bertajuk Resveratrol and its impact on aging and thyroid function dari web https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21946130 mengatakan bahawa , "Resveratrol dipercayai mengawal beberapa proses biologi, terutamanya metabolisma dan penuaan. Resveratrol juga mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan perangkap iodida dan dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan laluan sirtuins dan phosphatidylinositol- 4-fosfat 5 γ kinase (PIP5Kγ) , yang mana memberi kesan positif kepada metabolisma" .

Perlu diingat, rawatan masalah tiroid bukanlah seperti demam biasa yang lepas makan ubat, beberapa hari lepas tu dah baik. Nope.. biasanya mengambil masa yang lama. Dan kena selalu follow-up dengan doktor untuk ketahui paras hormon T3 dan T4. Ada yang akan diberikan ubat untuk kawal paras hormon dan ada juga yang perlukan pembedahan untuk atasi masalah tiroid. Semuanya berdasarkan diagnosis doktor.

Dan, supplement hanya membantu untuk mengurangkan masalah tiroid. Bukanlah mengubati terus. Ingat ye, supplement dan ubat bukan lah benda yang sama. Apa-apa pun regular checkup dengan doktor jangan ditinggalkan. Supplement boleh diambil untuk mengurangkan masalah tiroid.

Untuk pembelian supplement atau vitamin terbaik untuk masalah tiroid ni boleh la pm aina dan dapatkan lebih info dan konsultasi daripada aina. 

Jom layan beberapa testimoni vivix yang berjaya membantu mereka dengan masalah tiprid ni:

 

 



FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos


No comments:

Powered by Blogger.