Cara Turunkan Paras Kolestrol Dalam Badan Dengan Selamat Dan Berkesan

Tuesday, November 22, 2016
Assalamu'alaikum..

Siapa kat sini selalu buat check-up kolestrol level? Kalau tak pernah buat, aina sarankan pergi la buat. Benda dalam badan kita tak tahu kan. Pergi je mana-mana farmasi yang berikan khidmat ujian paras kolestrol. Harga pun tak mahal. Kalau ada bajet lebih, boleh pergi buat checkup di makmal-makmal swasta seperti BP healthcare. Kenapa pentingnya kita ambil tahu paras kolestrol kita? Sebab makanan kita seharian selalu tinggi kolestrol seperti daging masak lemak cili api, ikan keli goreng sambal, ayam masak sambal dan macam-macam lagi la. Dan bila paras kolestrol dalam darah tinggi boleh mengundang macam-macam penyakit.



Korang tau tak? Antara risiko-risiko penyakit yang boleh dapat bila paras kolestrol tinggi seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok. Kolestrol adalah satu 'bahan berlilin' yang boleh ditemui dalam lemak dalam darah kita. Badan kita sememangnya perlukan kolestrol untuk membina sel membran yang sihat, metabolisma vitamin-vitamin larut lemak (ADEK), penghasilan hormon, penghasilan jus hempedu,  Tetapi, bila paras kolestrol dalam badan terlampau tinggi akan meningkat risiko-risiko penyakit yang aina sebut tadi.


Bacaan paras kolestrol yang normal: 

LDL (kolesterol jahat) ---> tidak melebihi 2.6 mg/dL

HDL (kolesterol baik) ----> mesti lebih dari 1 mg/dL

Jumlah total kolesterol ----> mesti kurang dari 5 mg/dL


Kolesterol dalam badan ni tak ditentukan oleh saiz badan. Badan besar ke badan kecik ke, boleh jadi kolesterol tinggi atau rendah. Ada orang kurus kering tp kolesterol tinggi. Ada orang comey tembam tapi kolsterol rendah. Faktor yang menyumbang kepada tingginya kolesterol seseorang:-

1) PEMAKANAN. Yang ni yang paling dominan lah kalau kita kat malaysia ni. Syurga makanan katanya.

2) STRESS.

3) MEROKOK
4) HATI tidak sihat.

Kita dapat kolestrol directly daripada makanan kita, dan juga hati. Hati akan release kolesterol bila kita makan makanan yang mengandungi trans fat dan lemak tepu. Dan juga bila ada sel kita rosak, hati akan release kolesterol utk kerja-kerja penyembuhan. Bila kita stress pun hati akan rembeskan kolesterol. Kalau kita tak kawal semua ni, hati kita akan terus supply kolesterol ke dalam darah kita. Jadi, walau kita jaga pemakanan kita, tapi tidak jaga perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati hasilkan kolestrol 'extra', maka paras kolestrol tetap tinggi juga.

Apabila kita mempunyai paras kolestrol yang tinggi, lemak akan mula terkumpul atau mendap dalam salur darah kita. Akhirnya, hasil daripada mendapan itu, salur darah akan menjadi semaki sempit dan menyukarkan pengaliran darah. Jantung akan mengalami kekurangan bekalan oksigen dan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung. Apabila pengaliran darah ke otak kurang atau tersekat, terjadi pula strok. Penyakit berkaitan jantung dan strok selalunya tiada simptom awal. Ia akan berlaku dengan tiba-tiba. worst case scenario, akan menyebabkan kematian.

Jadi macam mana nak turunkan paras kolestrol dengan cara mudah dan sihat?

1) Omega Guard

Omega-3 telah terbukti dalam banyak kajian dapat menurunkan paras kolestrol jahat. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan paras kolestrol yang baik dan bersifat anti-radang (melindungi kerosakan sel). Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi berbanding supplement minyak ikan brand lain.

Sumber: http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids

2) Phytocol-ST

Sterol dan stanol wujud secara smeulajadi dalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin, telah terbukti dalam banyak kajian mampu menurunkan kolestrol jahat. Bagaimana ia bertindak? Oleh kerana struktur mereka sama dengan kolestrol, sterol dan stanol akan bersaing untuk penyerapan di usus. Sterol dan stanol tumbuhan akan terikat pada reseptor dalam usus dan menhalang penyerapan kolestrol.


3) Vivix


Kandungan resveratrol yang tinggi dalam vivix sangat membantu dalam melindungi sel daripada rosak, cegah keradangan, dan juga membantu menurunkan kolestrol jahat. Sebelum ni aina ada cerita kan yang kerosakan sel, stress dan keradangan adalah salah satu punca hati akan hasilkan lebih banyak kolestrol untuk proses penyembuhan. Jadi fungsi utama vivix adalah untuk lindungi sel dan penyembuhan sel. Terdapat juga kajian menunjukkan pengunaan supplement reseveratrol dalam jangka masa panjang mampu menurunkan paras kolestrol jahat dan meningkatkan paras kolestrol baik.

Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18611391

Apa kata mereka yang dah amalkan Shaklee untuk turunkan paras kolestrol dalam darah?




Jadi macam mana nak dapatkan semua supplement Shaklee? Senang je, pm aina dan dapatkan konsultasi percuma daripada aina. Produk Shaklee diyakini selamat, berkesan dan semulajadi. Dan ada landmark study menunjukkan penggunaan produk Shaklee selama bertahun-tahun mampu meningkatkan tahap kesihatan. Sebab tu tak hairan la ramai yang suka sangat dengan produk tahap worldclass ni. 

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

1 comment:

  1. Hello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.