12 tips yang boleh dilakukan ketika hamil untuk elak bayi kuning

Assalamu'alaikum..

Saya teringat waktu mula2 lahirkan ammar. Saya lahirkan ammar melalui pembedahan keran kedudukan dia dalam rahim adalah songsang. Jadi, jika bersalin dengan cara pembedahan, paling kurang 3 hari kena duduk wad. Bila dapat tahu dah boleh discharge je, memang la melonjak gembira (tapi takde la sampai lompat..sakit kut!). Malangnya, sehari je lepas discharge, saya dan ammar kena warded semula..kenapa? Sebab tahap bilirubin ammar sangat tinggi atau dalam kata lainnya, jaundice. Allahuakbar, waktu tu memang rasa sangat tertekan. Dengan rasa sakit di bahagian caeser lagi, dengan kena jaga ammar dalam ward lagi (first-time mom tak reti sangat lagi nak handle newborn). Tapi alhamdulillah waktu tu duduk dalam wad untuk semalaman je. Esoknya dah boleh discharge semula. Tapi, masih kena ulang-alik ke klinik setiap hari selama sebulan untuk pantau tahap bilirubin ammar. Selagi tak turun paras normal, selagi tula kena gi klinik..Allah je yang tahu bertapa rasa tertekannya lah...



Jadi, saya pun tanya en. google antara tips atau amalan yang kita boleh amalkan ketika mengandung untuk elak bayi kita daripada kena jaundis bila lahir nanti. Dan saya kumpul 12 tips yang saya rasa boleh kita amalkan. Penting unuk rekod saya dan juga kut2 ada juga para ibu di luar sana ada masalah macam saya. Boleh la bersedia untuk next pregnancy nanti,hehe. Tips2 ini adalah hasil perkongsian daripada pengalaman para ibu di luar sana. Tiada penerangan dari sudut saintifik. Tapi takpe, kita berusaha mana boleh selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi ye dok?

Ok, antara tips nya adalah:

1. Minum air glukos original semasa kandungan sudah masuk minggu ke 36.

2. Amalkan minum susu kambing ketika mengandung. Tips ni saya dapat daripada rakan-rakan dan juga sedara-mara. Ada kawan saya cakap, memang setakat ni berdasarkan pemerhatian dia, ibu hamil yang amalkan susu kambing, bayi yang lahir memang kurang atau takde langsung kuning. Ok, untuk next pregnancy boleh try ni.

3. Jangan makan jeruk semasa mengandung. Betul juga kan? Jeruk ni bukanlah berkhasiat, kandungan garam dan asid tinggi pula tu. Jadi memang patut la dielakkan.

4. Jangan makan makanan ringan. Makanan ringan ni tinggi msg dan juga garam. Tak bagus untuk kesihatan ibu dan yang paling penting tidak bagus untuk perkembangan otak bayi.

5. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur, ubi kentang dan tuna. Atau nak mudah, telan je ostematrix. Kalsium dapat, vitamin D pun dapat. Yang bestnya ostematrix ni bila makan waktu hamil, sakit belakang, kaki cramp, sembelit semua takde insyaAllah.

6. Makan epal hijau, anggur dan buah delima. Waktu ammar kena jaundis dulu, ramai yang sarankan suruh bagi ammar setitik dua jus daripada anggur hitam. Tapi saya memang tak buat sebab saya berpegang kepada prinsip selagi bayi belum berumur 6 bulan, hanya susu ibu je yang boleh minum. Kesudahannya, saya la yang makan anggur hitam banyak2 waktu pantang dulu. =)

7. Elakkan makan kerang.

8. Elakkan makan mee segera. Mee segera juga tinggi sodium dan juga MSG yang sangat la tidak bagus untuk perkembangan otak bayi. Jadi, no..no..no.. k.

9. Minum susu yang dikisar bersama kurma. Bila amalkan pemakanan sunnah ni insyaAllah banyak kebaikan yang boleh kita dapat.

10. Elakkan minum air berkarbonat. Air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi amatlah tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil. Kang tak pasal2 dapat GDM (Gestational diabetes mellitus) plak.

11. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik dan lobak merah.

12. Jangan tinggalkan vitamin ketika hamil supaya perkembangan bayi lebih sihat dan normal. Ini boleh elak daripada bayi lahir tak cukup bulan. Premature baby mempunyai risiko kena jaundice lebih tinggi.


Bagaimana pula cara nak elak bayi kena kuning selepas dia lahir?

1. Susukan bayi anda sebaik sahaja dia lahir. Susu ibu yang pertama atau colostrum mengandungi antibodi yang tinggi. Ia juga akan membantu sistem pencernaan bayi untuk bekerja dan membuang semua bahan kumuh. Makin banyak bayi berak, makin cepat keluar bilirubin dalam badan.

2. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Pada hari pertama sekurang-kurangnya 8-12 kali.

3. Jemur bayi di cahaya matahari pagi dalam pukul 7-8 pagi. Cukup sekadar letak bayi anda di jendela untuk dapatkan cahaya matahari pagi.

Apa-apa pun, kita cuma berusaha mana yang boleh. Di samping tu, jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah semoga bayi kita sentiasa sihat dan bebas daripada jaundice.

Oh ye, untuk dapatkan vitamin ketika hamil, boleh hubungi saya di:


FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

2 comments:

  1. Thank you for sharing. Memang stress anak kuning ni.

    ReplyDelete
  2. setakat ni alhamdulillah anak-anak mj tak kena kuning

    ReplyDelete

Powered by Blogger.