10 Makanan Terbaik yang Dapat Membantu 'Membersihkan' Arteri Anda

Assalamu'alaikum..

Arteri adalah salur darah yang bertanggungjawab membawa darah yang mengandungi oksigen daripada jantung ke semua tisu dalam badan. Arteri yang sihat mempunyai dinding yang licin dan mudah untuk darah mengalir. Tetapi, jika plak mula terbentuk pada dinding arteri, arteri akan mula tersumbat dan menghalang aliran darah. Plak terbentuk daripada lemak, kolestrol, kalsium dan fibrin. 

Apabila salur sarah tersumbat, akan menyebabkan beberapa jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, carotid artery disease dan sebagainya. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan arteri kita sentiasa sihat dan bebas daripada tersumbat. 

Apa yang perlu kita lakukan? Mudah sahaja, melalui pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat. Terdapat beberapa makanan yang boleh kita amalkan untuk memastikan arteri kita sentiasa bebas daripada plak dan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan kita.

1) Bawang Putih

Salah satu makanan terbaik untuk memastikan arteri kita sihat adalah bawang putih. Satu kajian dijalankan di Centre for Cardiovascular Pharmacology di Mainz, Germany telah menunjukkan pengambilan bawang putih secara berterusan dapat menghalang pengerasan aorta.

Bawang putih mampu mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah. Ambil 1 hingga 4 ulas bawang putih mentah setiap hari. Atau masukkan dalam masakan harian. Kalau tak suka rasa dia, takpa, Garlic complex kan ada. Masih boleh dapat kebaikan yang sama.

2) Delima

Berdasarkan satu kajian yang telah diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences, mereka percaya kandungan antioksidan yang tinggi (vitamin C dan polyphenols) dalam delima akan merangsang pengeluaran nitric oxide. Ia akan mengurangkan pembentukan plak yang sedia ada dalam arteri.

Amalkan minum jus delima atau masukkan delima dalam salad buah untuk mendapatkan kebaikannya.

3) Ikan Salmon

Ikan salmon adalah antara makanan yang terbaik untuk memastikan arteri bebas daripada pembentukan plak. Ia kaya dengan asid lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang membantu meningkatkan kolestrol baik, mengurangkan trigliserida dan mengurangkan keradangan pada salur darah dan pembentukan darah beku dalam arteri. Asid lemak ini juga membantu mengurangkan tekanan darah.

The American Heart Association mencadangkan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan salmon setiap minggu. Pilihlah hidangan salmon panggang dan bakar untuk kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan. Susah nak cari salmon kat malaysia? Ambil sebiji omega guard setiap hari untuk dapatkan kebaikan yang sama.


4) Kunyit

Kunyit adalah agen anti-radang yang kuat yang boleh membantu menjaga salur darah daripada tersumbat. Ia mengandungi curcumin, yang dapat mengelakkan keradangan (punca utama pengerasan arteri).

Menurut satu kajian pada tahun 2009 oleh penyelidik Perancis, curcumin membantu mengurangkan lemak di arteri sebanyak 26%! Ia mengandungi vitamin B16 yang penting dalam mengekalkan tahap homocysteine (jika ia berlebihan akan menyebabkan pembentukan plak dan merosakkan salur darah). Selain itu, kunyit membantu mengurangkan pengoksidaan kolestrol.

Untuk menjaga salur darah dengan baik, minum segelas susu kunyit suam setap hari. Masukkan juga rempah ini dalam masakan harian kita.

5) Minyak Zaitun

Minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan jantung. Ia kaya dengan antioksidan serta lemak monotaktepu. Gabungan unik antioksidan dan lemak yang sihat ini membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik dalam darah. Ini seterusnya membantu mengurangkan pembentukan plak dalam arteri.

Gunalah minyak zaitun untuk memasak dan untuk membuat salad kesukaan anda. Gantikan mentega dengan minyak zaitun dalam persediaan pelbagai jenis makanan.

6) Avokado

Kajian menunjukkan, pengambilan avokado dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) yang bertanggungjawab dalam pembentukan plak di salur darah). Ia juga membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL). 

Di samping itu, avokado mengandungi vitamin E yang menghalang pengoksidaan kolestrol bersama dengan kalium yang membantu menurunkan tekanan darah.

7) Tembikai

Satu kajian oleh Universiti Kentucky mendapati bahawa tembikai membantu mengurangkan risiko atherosclerosis (pembentukan plak dalam arteri) pada haiwan. Di samping itu,  asid amino L-citrulline yang boleh didapati dalam tembikai membantu menurunkan tekanan darah. Ia membantu meuaskan salur darah dengan merangsang pengeluaran nitric oxide.

Tambahan lagi, tembikai mampu mengurangkan pengumpulan lemak perut dan seterusnya mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pengumpulan plak koronori arteri dan penyakit jantung. Minum segelas jus tembikai atau makan satu cawan tembikai setiap hari untuk kesihatan salur darah yang optimum.

8) Kacang badam

Badam sangat baik untuk jantung jika diambil secara sederhana. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2002 di American Heart Association Journal mendapati bahawa badam boleh menurunkan kolestrol LDL sebanyak 15%.

Kacang ini mempunyai politaktepu dan lemak monotaktepu yang membantu mengurangkan tahap LDL dan meningkatkan HDL. Ini dapat mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. Selain itu, magnesium dalam badam juga menghalang pembentukan plak dan mengekalkan tekanan darah yang stabil.

9) Brokoli


Para penyelidik di Imperial College London mengatakan bahawa makan sekurang-kurangnya 1 cawan brokoli setiap hari boleh mencegah arteri tersumbat. Sayur ini kaya dengan sulforaphane yang membantu badan menggunakan protein untuk mencegah pembentukan plak.

Ia juga mengandungi vitamin K yang tinggi yang mampu menghalang kalsium daripada merosakkan arteri. Selain itu, ia kaya dengan serat. Kajian telah menunjukkan diet yang tinggi serat boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan kolestrol.

10) Asparagus

Asparagus juga mampu membersihakan arteri. Ia membantu meningkatkan pengeluaran glutathione (antioksidan yang membantu melawan keradangan dan mengelakkan pengoksidaan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat). Ia juga mengandungi alpha-linoleic acid dan asid folik yang penting untuk mencegah pengerasan arteri.

Anda boleh menyediakan asparagus dengan mengukus, menggorang, memanggang dan menumis. Selain itu, boleh juga masukkan dalam salad atau sup.

Jadi, jagalah salur darah anda sebaik mungkin untuk memastikan tahap kesihatan badan yang lebih baik. Untuk dapatkan vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok, boleh la hubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Oh..nanti dulu. Nak tahu macam mana nak dapatkan vitalea secara percuma? Hubungi saya dan ketahui caranya. Penjimatan sehingga RM88!! Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2015.


Sumber:

No comments:

Powered by Blogger.