Rawatan Awal dan Cara Untuk Mencegah Daripada Kena Strok Haba

Friday, July 03, 2015
Assalamu'alaikum...

Baru-baru ini, saya terbaca satu berita di mana kanak-kanak berumur 7 tahun yang meninggal dunia disebabkan oleh strok haba. Apakah strok haba? Biasa kita dengar orang kena strok disebabkan darah beku terbentuk di salur darah di otak kan? Jadi bagaimana pula strok haba ni? Strok haba atau juga dikenali sebagai heat stroke adalah satu keadaan apabila suhu badan kita terlampau panas disebabkan oleh terdedah terlampau lama di persekitaran yang panas atau melakukan aktiviti2 yang menyebabkan suhu badan naik dengan tingginya. Strok haba memerlukan rawatan kecemasan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak, hati, buah pinggang dan juga muscles dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko kematian.



 Bahaya kan? Jadi macam mana nak elak daripada kena strok haba?


Sebelum tu, kita kena tahu terlebih dahulu apakah simptom2 strok haba ini.

1) Suhu badan yang terlampau tinggi yang boleh mencecah sehingga 40C.
2) Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
3) Rasa mual dan muntah2
4) Kulit menjadi merah
5) Denyutan nadi makin laju
6) Pernafasan tercungap-cungap
7) Sakit kepala


Semua orang adalah berisiko menghadapi strok haba. Secara umumnya, pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 32.2 degree Celcius boleh mendatangkan risiko strok haba. Walau bagaimanapun, terdapat golongan tertentu yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat strok haba:-

1) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
2) Mereka yang menghadapi masalah pernafasan dan jantung.
3) Golongan emas berumur 65 tahun ke atas.
4) Mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.
5) Mereka yang menghidapi masalah penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid.


Apakah cara rawatan awal yang boleh kita berikan?

1) Apa yang paling penting adalah kita perlu menurunkan suhu badan mangsa secepat mungkin.
2) Bawa mangsa ke tempat yang teduh.
3) Tanggal baju yang berlebihan seperti jacket atau coat.
4)Sejukkan mangsa dengan letak dalam kolam, sembur dengan air paip.
5) Demah dengan air sejuk atau letak tuala sejuk di kawasan salur darah yang banyak berhampiran dengan kulit seperti di kepala, tengkuk dan ketiak mangsa.
6) Bawa mangsa ke bilik berhawa dingin.


Bagaimana cara mencegah strok haba?

1) Elak daripada melakukan aktiviti2 di luar
2) Pakai pakaian yang tidak tebal dan longgar. Sebaik-baiknya pakai pakaian dibuat daripada kapas
3) Pakai sunblock krim untuk melindungi kulit daripada kena sunburn. Ini adalah kerana, kulit sunburn akan menjejaskan keupayaan badan untuk menurunkan suhu badan.
4) Minum air masak secukupnya (sekurang-kurangnya 3 liter) supaya badan kita sentiasa dalam keadaan hidrat.
5) Jangan tinggalkan siapa2 di dalam kereta di kawasan panas. Kejadian ini kerap berlaku terutama kepada kanak2. Apabila kereta berada di kawasan panas, suhu kereta akan naik lebih daripada 6.7 degree celcius dalam masa 10 minit.

Oleh itu, sangat penting untuk kita tahu tanda-tanda awal strok haba ini supaya kita dapat membuat rawatan awal sebelum di bawa ke hospital kerana strok haba ini boleh membawa maut jika tidak dirawat.


No comments:

Powered by Blogger.